Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian...
Maut? Sudah bersediakah kita?... Maut ini datang tidak kira siapa diri kita.. Tua atau muda tidak menjadi kayu ukur.. Ada orang mautnya datang sewaktu masih di usia yang muda.. Ada orang yang mautnya datang ketika waktu tua... Maut juga boleh datang ketika sihat mahupun sakit... Tidak semestinya kena sakit baru mati... Jadi pengajaran yang kita dapat, kita kena bersiap sedia dari sekarang..
Tuan2 dan puan2, selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita masih ada peluang untuk bertaubat.. Jadi jangan pernah tinggalkan solat sunat taubat setiap hari walaupun pada hari itu kita tidak melakukan sebarang dosa.. Kita mesti anggap kita sentiasa buat dosa dan bersalah kepada Yang Maha Perkasa...
Oleh yang demikian, sentiasalah lazimkan istighfar setiap hari dan solat sunat taubat 2 rakaat..
Untuk solat sunat taubat, boleh niat dalam bahasa melayu iaitu :
" Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala"
Rakaat pertama baca Al Fatihah dan apa2 surah yang kita tahu... Begitu juga rakaat yang kedua.. Selepas habis solat, istighfar banyak2 dan berdoa memohon keampunan untuk dosa yang masa lalu, sekarang dan masa akan datang. Allah itu Maha Pengampun.. Biarpun dosa kita sebanyak buih2 di lautan, itu tidak bermakna kita tidak boleh memohon keampunan dari Sang Pencipta alam..
Semoga kita semua diberi pengampunan oleh Allah swt dan dimasukkan ke dalam rahmatNya... Amin amin Allahuma amin...
No comments:
Post a Comment