Wednesday, June 20, 2018

7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan Arasy Allah Di Padang Mahsyar

1. Pemimpin Yang Adil
Pemimpin di sini termasuk Ketua Negara, Presiden, Gabenor, Ketua Daerah, ketua pejabat, penghulu, ketua rumah tangga (suami) atau ketua pelajar. Kerana setiap kita adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan oleh Allah سبحانه وتعالى kelak. Untuk itu, seorang pemimpin perlu bertindak adil sehingga semua orang yang dipimpinya boleh merasakan perkhidmatan yang maksimum dan menegakkan peruntukan undang-undang yang sebenar.


2. Pemuda Yang Membesar Dalam Ketaatan (Ibadah)
Masa muda adalah masa di mana syahwat sedang memuncak sehingga tidak kurang ramai pemuda yang terjerumus dalam kemaksiatan. Hanya pemuda yang mampu mengisi hari-harinya dengan ibadah sahajalah yang terselamat di hari kiamat. Sebagaimana kisah ‘Ashabul Kahfi’ (Para pemuda Kahfi) yang mengelakkan kezaliman penguasa untuk menyelamatkan aqidah mereka.

3. Seorang Yang Hatinya Terikat Dengan Masjid
Orang yang tidak akan terlepas setiap peluang untuk memakmurkan masjid dengan ibadah dan amal-amal soleh secara istiqamah, terutama solat fardhu berjemaah. Hatinya selalu ‘risau dan resah’ apabila jauh dari masjid, dan berasa sedih bila tak boleh mendatanginya di waktu-waktu solat berjemaah dan ketika majlis diadakan.

4. Dua Orang Yang Saling Mencintai Kerana Allah سبحانه وتعالى, Berkumpul Dan Berpisah Kerana Allah سبحانه وتعالى.
Tingkatan hubungan keimanan tertinggi adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah. Bila dua orang saling mencintai kerana masing-masing selalu menjaga kecintaannya pada Allah سبحانه وتعالى, bertemu dalam rangka mengingat Allah سبحانه وتعالى dan berpisah dengan tetap dalam zikir pada Allah سبحانه وتعالى maka keduanya akan selamat di hari kiamat.

5. Seorang Lelaki Yang Diajak Berzina Oleh Seorang Perempuan Kaya Dan Cantik Tetapi Ia Menolak Dan Berkata, “Aku Takut Pada Allah سبحانه وتعالى.”
Sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. yang digoda oleh Zulaikha, keduanya saling cenderung sehingga jika bukan kerana petanda dari Allah سبحانه وتعالى, maka keduanya akan melakukan maksiat sehingga Yusuf a.s. berkata, “Ya Allah! Lebih baik hamba dipenjara daripada melakukan maksiat kepadamu.” Suatu peristiwa yang mungkin pada masa ini sangat jarang berlaku dan sukar ditemui.

6. Seseorang Yang Bersedekah Dengan Sembunyi-Sembunyi Sehingga Tangan Kiri Tidak Tahu Apa Yang Diberikan Oleh Tangan Kanan.
Amal yang disertai dengan sepenuh keikhlasan adalah salah satu syarat diterimanya amal kebajikan oleh Allah سبحانه وتعالى. Keikhlasan adalah perkara yang sukar dan oleh kerana itulah hanya orang-orang yang ikhlas sahaja yang tidak akan dipesongkan dan disesatkan oleh syaitan laknatullah.

7. Seseorang Yang Berzikir Kepada Allah Dalam Kesunyian Sehingga Menitiskan Air Mata.
Zikir bagi orang beriman ibarat nafas bagi setiap makhluk yang hidup. Ketika seseorang tidak leka dan terlepas daripada zikir sama ada di waktu siang mahupun di malam hari, maka ia seolah-olah makhluk hidup yang sentiasa boleh bernafas bebas. Mengingati Allah سبحانه وتعالى sehingga menitiskan air mata adalah sesuatu yang amat sukar, kecuali bagi insan-insan yang hatinya telah lembut oleh hidayah Allah سبحانه وتعالى. Sebagaimana ciri orang beriman, ketika mendengar kalimat Allah سبحانه وتعالى, maka bergetarlah hatinya dan ketika mendengar Al-Quran dan maka bertambah teballah keimanan mereka.

Jom sama-sama berusaha untuk menjadi salah satu dari 7 golongan yang mendapat naungan Arasy Allah di padang Mahsyar kelak.

Rezeki Kita Tak Sama

Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.
Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.
Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz Al Quran.
Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.
Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.
Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.
Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.
Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.
Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca Al Quran.
Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.
Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa di diami.
Hakikatnya Allah menjadi kan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tapi kadang2 kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.
Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat Al Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca Al Quran walaupun sekali dalam hidup dia.
Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, inshaallah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.
Berlapang dada lah dalam mencari rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.
Rezeki kita masih hidup hari ni dan dapat bertaubat, sebab ada orang yang hari ni dia dah tak bernafas lagi dan pergi berjumpa Allah yang satu.
Maka bersyukurlah dengan rezeki yang kita perolehi tidak kira banyak ataupun sedikit.