Tuesday, August 1, 2017

Hidup Kita Senantiasa Diuji

Hidup memang susah. Walaupun seseorang itu dilimpahi kekayaan dan kesenangan, dia sebenarnya sedang susah juga. Susah nak jaga hati dari dosa-dosa yang halus, seperti riya' dan takabbur. Ada yang diserang susah dalam bab nak kekalkan kekayaan dan kesenangan.

Jadi, jangan fikir orang kaya tak susah.

Semua orang menghadapi kesusahan masing-masing. Kerana dunia ini tempatnya ujian.

Dan ujian akan terus datang menyapa insan sehinggalah kehidupannya tamat. Selepas satu ujian, akan datang lagi ujian yang lain. Kalau bukan dalam bentuk kasar, dalam bentuk halus. Kalau bukan dalam bentuk langsung, dalam bentuk secara tidak langsung.

Menjadi antara persiapan utama untuk kita mengharungi kehidupan dengan baik ialah mempersiapkan mental dan spiritual kita untuk menghadapi ujian demi ujian ini.

Mental & spiritual yang sabar, cekal dan tabah sahajalah yang akan mampu mengharungi siri ujian ini.

Mental & spiritual lemah akan kepenatan. Dan akhirnya Tuhan akan menjadi sasaran untuk dipersalahkan.

"Mengapa aku dah banyak sedekah, masih diuji lagi?"
"Mengapa aku dah jaga solat, masih miskin?"
"Kenapa aku dah usaha, dah berjaya, Allah uji pula dengan kegagalan?"

Hidup ialah ujian.

Jika Allah sambung kehidupan kita pada hari yang baru, tandanya kita perlu bersiap untuk diuji.

Mengapa kita diuji?

Kerana dunia hanya sementara. Akhirat jualah tempat yang abadi untuk kita kekal selama-lamanya di sana. Maka dunia menjadi tempat kita disaring, sama ada ke syurga kah kita, atau ke neraka kah kita. Lantas kita diuji.

Bukanlah kerana Allah tidak tahu. Allah Maha Tahu. Tetapi sebenarnya untuk kita sendiri yang tahu kondisi diri kita.

Kita tidak dapat melihat iman. Tetapi apabila kita diuji dan kita marah-marah pada Tuhan, kita sudah boleh agak macam mana rupanya iman kita. Dari situ kita dapat agak-agak di mana pengakhiran kita. Keimanan itu ialah medan amal, bukan kata-kata. Cakap kencang "aku beriman" semua boleh cakap. Tapi keimanan hanya akan terzahir apabila digegarkan dengan ujian. Baik kasar atau halus, baik langsung atau tidak langsung.

Mujurnya, selagi masih hidup, selagi itu kita masih berpeluang memperbaiki diri. Mempertingkatkan iman. Memperkasa kualiti mental dan spiritual kita.

Dari ujian, kita belajar.
Dan terus menerus mempertingkatkan diri.
Proses yang akan berjalan sepanjang hayat.

Kerana selagi hidup,
selagi itu kita akan teruji.

Muhasabah. 

Kita Hidup 1.5 Jam Sahaja Di Dunia Ini!

Di dalam Al Quran Allah berfirman :

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia

Umur ummat Nabi Muhammad saw biasanya antara 60-70 tahun sahaja. Sebab itu kita senantiasa diingatkan dengan masa kerana Allah telah bersumpah dengan masa.

Menurut perhitungan di atas, kita hidup cuma 1.5jam sahaja! Buktinya? Lihat firman Allah di bawah :

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
(Al-Mu'minuun 23:114)

Maka, kita kena sentiasa bersiap sedia menemui ajal kerana ajal tidak mengenal usia, pangkat dan harta. Jika maut sudah sampai, kita tidak boleh lari walau seinci pun.. 

Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
– Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
- Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaanitu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur 
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . 
- Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
- Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
(HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
- Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” 
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
- Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
- Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segalaKesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)